Tarikh : 4 Ogos 2023
  Masa : 12.30 Tengahari - 5.00 Petang
  Lokasi : Perpustakaan Awam Kuala Kangsar
  Aktiviti : Rombongan dari Kuala Kangsar ke Pesta Buku Ipoh

 

Tujuan & Aktiviti

Seramai lebih 40 orang yang telah mengikuti rombongan dari Kuala Kangsar ke Pesta Buku di Aeon Klebang Ipoh dengan menaiki sebuah bas yang telah disediakan oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Ianya bertujuan memberi sokongan kepada program tersebut selain menghadiri upacara perasmian yang akan berlangsung pada hari tersebut. Program ini berlangsung selama 5 hari iaitu dari 3 Ogos- 7 Ogos 2023. Seramai lebih kurang 33 pempamer buku yang telah menyertai Program tersebut.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti


 

Tarikh : 18 Mei 2023
  Masa : 10.00 Pagi  - 11.00 Pagi
  Lokasi : Perpustakaan Awam Kuala Kangsar
  Aktiviti Jom Membaca Bersama 10 minit

 

Tujuan & Aktiviti

Taklimat & Pop Kuiz Klik dengan Bijak: Jangan Oversharing di Media Sosial bersempena dengan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2023 telah disampaikan oleh Puan Nor Izzatie Syazana dan Cik Nur Alia, kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kuala Kangsar. Tujuan ia diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah tentang bahaya jika melakukan "oversharing" di Media Social masing-masing.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti

 


 

 

Tujuan

Taklimat ini bertujuan memberi pengetahuan kepada petugas PEDi tentang cara membuat Permohonan Harta Pusaka Kecil Secara atas Talian sahaja. Ianya dapat dimanfaatkan keopada petugas PEDi untuk memberi tunjuk ajar kepada Komuniti Setempat jika mahu membuat permohonan pembahagian Harta Pusaka secara online. 

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti


 

 

Tujuan

Program World #QuranHour @ Perpustakaan Awam Kuala Kangsar bertemakan "Memanusiakan Ummah" telah berlangsung secara serentak diseluruh dunia. Majlis bacaan Surah Al-Insan telah diketuaikan oleh Ustaz Mohamad Adeeb Bin Ahamad Fadzil daripada Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar.Peserta yang mengambil bahagian ialah Guru pengiring & Pelajar tingkatan lima dari Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Kumpulan Marhaban RPA4 Kuala Kangsar & Ahli Lembaga Pembangunan Sastera Negeri Perak.


 

Tujuan

PEDi Kuala Kangsar telah menerima kunjungan pelajar dari SK Trosor Kuala Kangsar. Sehubungan dengan itu, PEDi telah membuat aktiviti advokasi Klik Dengan Bijak iaitu bertajuk "Buli Siber". Tujuan advokasi ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang bahayanya buli siber dan kesan-kesan yang tidak baik kepada mangsa dan pemangsa.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti