Nama  Yuslinda Binti Md Yusof
Umur : 43 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang
 
Puan Nuryuslinda merupakan seorang surirumah yang mula mencuburi bidang usahawan iaitu menjadi agen menjual produk OCOC (Otak Cantik Otak Cerdik) dari Dr. Rizal Abu Bakar.Produk ini merupakan minuman bernutrisi yang sesuai diambil pada kanak-kanak seawall usia 3 tahun dan keatas.Ianya bertujuan untuk meningkatkan daya ingatan dan focus anak-anak supaya pembelajaran betambah efektif dan berkesan.
 
Produk ini pada mulanya hanya dibeli untuk diminum oleh anak-anak sahaja tetapi kesan positif dari produk ini telah membuat Puan Yuslinda menjadi agen.Kini Puan Yuslinda memasarkan produknya melalui medium whatsapp dan juga facebook.
 
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Pendapatan bulanan beliau sebelum ini hanya sekitar Rm500 – Rm700 sahaja setiap bulan.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kuala Kangsar, beliau kini telah belajar cara mempromosikan produknya di facebook dan Whatsapp. Pelanggan beliau sekarang tidak tertumpu hanya daerah yang berdekatan sahaja malah ianya telah tersebar luas ke negeri-negeri yang lain. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2000 sebulan.