Nama  Mohd Ariff Salleh bin Md Rashid
Umur : 36 tahun
Ahli : 2018
 
Latar Belakang
 
En Ariff Salleh merupakan seorang penjual yang menjual produk coway secara online dan offline. Sebelum ini,beliau lebih menekankan strategi penjualan secara offline iaitu membuat pemasaran secara face-to face iaitu membuat pameran jualan di pasaraya dan juga pasar-pasar yang berhampiran setiap minggu.Tetapi disebabkan trend pembelian dari pengguna lebih kepada online maka En Ariff turut bertukar kepada pemasaran secara online.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Sebelum beralih kepada strategi pemasaran secara online, En Ariff hanya dapat menjual produk Coway sebanyak 1-3 unit sahaja iaitu bersamaan pendapatan yang diperoleh lebh kurang sebanyak RM1500- RM2000.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kuala Kangsar, beliau kini telah belajar cara mempromosikan produknya di facebook dan Whatsapp status.Beliau selalu mengemaskini facebook beliau dengan produknya supaya pelanggan beliau semakin bertambah dan hasilnya beliau kini  berjaya menjual  3-5 unit dan pendapatan juaga mencecah RM2000-RM4500 sebulan.
 
Apa yang dipelajari melalui PI1M
 
-Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Instagram dan Whatsapp status.
-Mempelajari cara mempromosikan di whatsapp status dan sebagainya.
-Mempelajari cara mengambil order melalui FB dan whatsapp