Nama  : Puziah Bt Sulaiman
Umur : 72 Tahun
Ahli : 2017
Usahawan : Perkhidmatan sewa "Homestay"

 

Latar belakang

Puan Puziah merupakan seorang pesara jururawat yang bertugas di Hospital KUALA LUMPUR. Beliau telah berkhidmat sebagai jururawat selama 36 tahun dan telah menamatkan tempoh pekerjaannya sebagai juruawat pada tahun 2001. Setelah beliau bergelar sebagai seorang pesara, beliau mula memikirkan perniagaan yang hendak beliau jalankan sepanjang tempoh beliau telah bersara. Oleh kerana minat beliau dalam perniagaan, beliau telah mendapat ilham untuk membina sebuah rumah di atas tanah oleh pemberian arwah bapanya kepada beliau. Olehitu, setelah dibina rumah itu, beliau berimpian untuk menjadikan rumah itu sebagai homestay untuk disewakan. Rumah homestay itu dibina pada tahun 2014 dan kira-kira telah beroperasi selama tiga ke empat tahun sehingga kini. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penglibatan PI dalam perniagaan puan puziah ini, pendapatan perkhidmatan  homestay beliau ini adalah dalam lingkungan ssebanyak  RM400-RM500 sahaja sebulan. Tambahan pula, perjalanan perkhidmatan beliau juga dikatakan perlahan dan kurang dikenali dan kurang diketahui oleh orang ramai.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas atau bangkel mempromosi perniagaan beliau, iaitu melalui facebook page dan dashboard komuniti, menyebabkan perkhidmatan Puan Puziah semakin dikenali dan semakin hangat dalam kalangan pelanggan. Orang ramai semakin mengetahui tentang kewujudan homestay beliau. Tambahan pula, homestay puan Puziah juga telah di masukan di dalam peta dunia bagi memudahkan orang ramai untuk mencari homestay tersebut. Cara ini adalah untuk memudahkan kepada mereka jika ada yang berminat untuk menginap dhomestay milik puan puziah tersebut. Selain itu,pendapatan puan puziah juga meningkat dari bulan ke bulan berbanding sebelum ini. Peningkatan pendapatan puan puziah berdasarkan perkhidmatan beliau ini meningkat sebanyak RM 600- RM1000 ringgit sebulan. 

 

Apa yang dipelajari melalui PI

 

-       Mempelajari cara mempromosikan perkhidmatan ke dalam facebook persendiran dan facebook page.

-       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

-       Mempelajari segala fungsi komputer dan internet bagi tujuan usahawan dan perniagaan

-       Mempelajari cara mengambil order melalui FB

-       Perbincangan ilmiah bersama petugas PI

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 

-       PI membantu mempromosikan produk

-       Memberi kelas tambahan

-       Membantu dalam mengendalikan penggunaan komputer di PI