Tarikh : 2 Mac 2018
   Masa : 3.00 petang- 5.30 petang
   Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar
   Peserta : 23 orang 

 

Tujuan

Tujuan mesyuarat ini diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar adalah untuk membincangkan kerjasama yang akan dilakukan diantara Pejabat Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru dengan Pusat Internet 1Malaysia. Kerjasama yang akan diberi keutamaan adalah tentang kesedaran penggunaan internet dan gajet iaitu Klik Dengan Bijak.  Seramai 23 orang yang turut serta dalam mesyuarat perancangan ini.

 
Aktiviti
 
En Zainal Ariffin bin Ngah Jamaluddin menjadi pengerusi dimana beliau mengetuai mesyuarat  dan membincangkan segala aspek yang penting dalam perancangan ini. Selain itu, penetapan takwim perancangan strategik NBOS juga telah ditetapkan mengikut daerah (PPD,PKG DAN PI1M).