Situasi terkini 23 Jun 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 3 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 8,590 kes.

Daripada 3 kes baru, 1 kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, 2 kes bagi bukan warganegara manakala tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

9 kes telah pulih menjadikan 8,186 pesakit telah pulih dan discaj.

Tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 121 kes.

Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan.

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 
Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
 
1.tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
2.bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
3.sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
4.membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
5.memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
6.membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
 

 

Penduduk daerah Kuala Kangsar mendapatkan khidmat perubatan di Hospital Besar Kuala Kangsar. Ianya terletak bertentangan dengan Perodua Sales Kuala Kangsar dan hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja dari Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar. Servis yang dikenakan hanya RM1 sahaja untuk warganegara Malaysia.

 

MAKLUMAT ASAS HOSPITAL 
   
Nama Hospital : Hospital Kuala Kangsar 
Alamat : Jalan Sulatan Idris Shah 1 
  33000 Kuala Kangsar 
  Perak 
No. Telefon:  05-776 3333 
No. Faks : 05-776 9660 
Bil Katil :  136 
Taraf Hospital : Hospital Tanpa Pakar 

 

Rajah diatas merupakan sumber daripada http://jknperak.moh.gov.my

 

Klink 1Malaysia Chandan Putri Kuala Kangsar juga merupakan salah satu tempat di mana warga Kuala Kangsar terutamanya penduduk disekitar Chandan pergi ke sini untuk mendapatkan khidmat perubatan. Jarak Klinik ini dari Pusat Internet Kuala Kangsar ialah hanya lebih kurang 2KM sahaja Alamat Klinik ini ialah 2,2, Persiaran Chandan Putri , Chandan Putri ,33000 Kuala Kangsar, Perak dan Coordinate: 4.7583626, 100.9421233 .

Klinik ini beroperasi setiap hari iaitu Isnin hingga Ahad dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Caj rawatan yang dikenakan juga hanya RM 1 semasa pendaftaran.