PUSAT INTERNET Kuala Kangsar merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatf oleh Suruhanjaya Komunikasi dan multimedia malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM bhd) dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd di bawah dana program pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan sama ada kawasan luar bandar atau dalam bandar.
Pusat Internet adalah projek yang terawal dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana Pusat Internet yang pertama telah dibina pada tahun 2007.Pusat Internet telah dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasnya beserta dengan capaian internet jalur lebar.
Pusat Internet cawanganKuala Kangsar telah mula beroperasi pada pertengahan bulan Julai 2017 iaitu pada 18.7.2017 atas kelulusan pihak MCMC dan TM.