Pekan Kuala Kangsar sudah terkenal dengan makanan yang akan dicari oleh pengunjung iaitu Laksa, Ais-kacang dan Cendol. Jarak lebih kurang 200 meter dari Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar sahaja ke Medan Cendol & Laksa MPKK ini. Terdapat banyak gerai di dalamnya yang menjual pelbagai aneka Laksa dan Cendol mengikut selera pengunjung masing-masing. Harga Laksa yang ditawarkan pada setiap gerai sekitar RM3.00- RM4.00 manakala harga untuk cendol sekita RM 1.80- RM 2.50.