Nama  Mohd Ariff Salleh bin Md Rashid
Umur : 36 tahun
Ahli : 2018
 
Latar Belakang
 
En Ariff Salleh merupakan seorang penjual yang menjual produk coway secara online dan offline. Sebelum ini,beliau lebih menekankan strategi penjualan secara offline iaitu membuat pemasaran secara face-to face iaitu membuat pameran jualan di pasaraya dan juga pasar-pasar yang berhampiran setiap minggu.Tetapi disebabkan trend pembelian dari pengguna lebih kepada online maka En Ariff turut bertukar kepada pemasaran secara online.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Sebelum beralih kepada strategi pemasaran secara online, En Ariff hanya dapat menjual produk Coway sebanyak 1-3 unit sahaja iaitu bersamaan pendapatan yang diperoleh lebh kurang sebanyak RM1500- RM2000.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kuala Kangsar, beliau kini telah belajar cara mempromosikan produknya di facebook dan Whatsapp status.Beliau selalu mengemaskini facebook beliau dengan produknya supaya pelanggan beliau semakin bertambah dan hasilnya beliau kini  berjaya menjual  3-5 unit dan pendapatan juaga mencecah RM2000-RM4500 sebulan.
 
Apa yang dipelajari melalui PI1M
 
-Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Instagram dan Whatsapp status.
-Mempelajari cara mempromosikan di whatsapp status dan sebagainya.
-Mempelajari cara mengambil order melalui FB dan whatsapp
 
 
 
 

 
 
 
Nama  Yuslinda Binti Md Yusof
Umur : 43 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang
 
Puan Nuryuslinda merupakan seorang surirumah yang mula mencuburi bidang usahawan iaitu menjadi agen menjual produk OCOC (Otak Cantik Otak Cerdik) dari Dr. Rizal Abu Bakar.Produk ini merupakan minuman bernutrisi yang sesuai diambil pada kanak-kanak seawall usia 3 tahun dan keatas.Ianya bertujuan untuk meningkatkan daya ingatan dan focus anak-anak supaya pembelajaran betambah efektif dan berkesan.
 
Produk ini pada mulanya hanya dibeli untuk diminum oleh anak-anak sahaja tetapi kesan positif dari produk ini telah membuat Puan Yuslinda menjadi agen.Kini Puan Yuslinda memasarkan produknya melalui medium whatsapp dan juga facebook.
 
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Pendapatan bulanan beliau sebelum ini hanya sekitar Rm500 – Rm700 sahaja setiap bulan.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kuala Kangsar, beliau kini telah belajar cara mempromosikan produknya di facebook dan Whatsapp. Pelanggan beliau sekarang tidak tertumpu hanya daerah yang berdekatan sahaja malah ianya telah tersebar luas ke negeri-negeri yang lain. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2000 sebulan.
 
 

 
 
 

 

Nama  : Puziah Bt Sulaiman
Umur : 72 Tahun
Ahli : 2017
Usahawan : Perkhidmatan sewa "Homestay"

 

Latar belakang

Puan Puziah merupakan seorang pesara jururawat yang bertugas di Hospital KUALA LUMPUR. Beliau telah berkhidmat sebagai jururawat selama 36 tahun dan telah menamatkan tempoh pekerjaannya sebagai juruawat pada tahun 2001. Setelah beliau bergelar sebagai seorang pesara, beliau mula memikirkan perniagaan yang hendak beliau jalankan sepanjang tempoh beliau telah bersara. Oleh kerana minat beliau dalam perniagaan, beliau telah mendapat ilham untuk membina sebuah rumah di atas tanah oleh pemberian arwah bapanya kepada beliau. Olehitu, setelah dibina rumah itu, beliau berimpian untuk menjadikan rumah itu sebagai homestay untuk disewakan. Rumah homestay itu dibina pada tahun 2014 dan kira-kira telah beroperasi selama tiga ke empat tahun sehingga kini. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penglibatan PI dalam perniagaan puan puziah ini, pendapatan perkhidmatan  homestay beliau ini adalah dalam lingkungan ssebanyak  RM400-RM500 sahaja sebulan. Tambahan pula, perjalanan perkhidmatan beliau juga dikatakan perlahan dan kurang dikenali dan kurang diketahui oleh orang ramai.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas atau bangkel mempromosi perniagaan beliau, iaitu melalui facebook page dan dashboard komuniti, menyebabkan perkhidmatan Puan Puziah semakin dikenali dan semakin hangat dalam kalangan pelanggan. Orang ramai semakin mengetahui tentang kewujudan homestay beliau. Tambahan pula, homestay puan Puziah juga telah di masukan di dalam peta dunia bagi memudahkan orang ramai untuk mencari homestay tersebut. Cara ini adalah untuk memudahkan kepada mereka jika ada yang berminat untuk menginap dhomestay milik puan puziah tersebut. Selain itu,pendapatan puan puziah juga meningkat dari bulan ke bulan berbanding sebelum ini. Peningkatan pendapatan puan puziah berdasarkan perkhidmatan beliau ini meningkat sebanyak RM 600- RM1000 ringgit sebulan. 

 

Apa yang dipelajari melalui PI

 

-       Mempelajari cara mempromosikan perkhidmatan ke dalam facebook persendiran dan facebook page.

-       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

-       Mempelajari segala fungsi komputer dan internet bagi tujuan usahawan dan perniagaan

-       Mempelajari cara mengambil order melalui FB

-       Perbincangan ilmiah bersama petugas PI

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 

-       PI membantu mempromosikan produk

-       Memberi kelas tambahan

-       Membantu dalam mengendalikan penggunaan komputer di PI

 

 

 

 

 

 
Nama  : Murad Bin Hamidun
Umur : 34 Tahun
Ahli : 2017
Usahawan : Perniagaan minyak wangi

 

Latar belakang
 
En Murad mengusahakan perniagaan dengan menjual minyak wangi sejak dari 4 tahun
lepas. Beliau bermula dengan berkerja di kilang membuat perfume sehingga beliau terfikir
untuk berniaga sendiri dan mengusaha sendiri perniagaan beliau menjual minyak wangi
atas jenama beliau sendiri. Minyak wangi yang beliau jual terdapat pelbagai jenis haruman.
 
 
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM400 sahaja sebulan. Tambahan
pula sebelum penglibatan di PI,beliau juga kurang mempromosikan di laman media
sosial oleh kerana capaian internet yang sangat terhad. Oleh kerana itu beliau banyak
menjual dan mendapatkan pemintaan daripada pelanggan.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Melalui kelas usahawan di PI, beliau semakin aktif mempromosikan perniagaan beliau di
internet, di media sosial dan mengambil order dari pelanggan melalui media sosial. Beliau
juga sering datang dan kunjungi PI untuk mendapatkan aksess internet bagi
mengupdate produk beliau ke laman media sosial. Jadi oleh sebab beliau banyak
memasukkan produk dan mempromosikan produk beliau, tempahan daripada pelanggan
semakin bertambah. Sehingga pendapatan beliau meningkat ke rm1000 setiap bulan.
 
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara membuat pemasaran dan mempromosikan produk online melalui
   FB, dashboard dan sebagainya.
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan
  untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB
- Mempelajari membuat iklan daripada abobe