Tarikh : 12 April 2018
   Masa : 11.00 pagi - 12.30 tengahari
   Lokasi : Dewan Sk Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar Perak
   Peserta : 165 orang

 

Tujuan

Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kelebihan dan kekurangan menggunakan internet dan gadget.Para pelajar didedahkan dengan tatacara penggunaannya dengan betul.Selain itu, mereka dapat mengetahui kes-kes sebenar yang telah berlaku kesan dari penggunaan internet yang salah.

Aktiviti
 
Taklimat modul online grooming dan buli siber didedahkan kepada para pelajar.Kuiz tentang modul juga diadakan dan para pelajar yang memberi jawapan dengan betul diberikan hadiah KLik dengan Bijak.