Tarikh : 7 Jun 2018
  Masa : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala kangsar
  Peserta : 80 orang

 

Tujuan

 

 Quran Hour adalah Inisiatif sebelum ini yang dimulakan dengan penubuhan rumah ngaji pada tahun 2013, kini terdapat lebih 1150 rumah ngaji diseluruh negara.Quran   hour dimulakan pada tahun 2015, iaitu dari malaysia ngaji ke Malaysia Quran Hour yang telah bergerak ke world #quran hour semenjak tahun 2016.

 Kempen ini digerakkan oleh yayasan warisan ummah ikhlas bagi mengajak Masyarakat mengubah ekosistem yang ada kembali semula kepada system Berasaskan     Al-quran. Matlamatnya adalah untuk melahirkan sebuah Legasi akhlak al-quran, berfikir dan bertindak berlandaskan al-quran.

Kempen #QuranHour mengalakkan masyarakat berinteraksi dengan alquran melalui kaedah tadabbur dan tazakkur. Penyampaian kandungan Al-quran akan dikupas sehinggalah ianya mampu diaplikasikan kepada setiap lapis dan kluster masyarakat, sesuai dengan peranan al-quran sebagai mukjizat dan petunjuk sepanjang zaman.

Menggalakkan Interaksi dengan al-quran melalui baca ,faham dan amal, mengajak masyarakat mendalami intipati al-quran dan tidak lagi semata-mata membaca dan menghafaz tanpa mampu menghayati isi dan pesan yang Ingin disampaikan oleh Allah S.W.T.

 

Aktiviti
 

1)Memastikan surah dan tema yang dibawa iaitu:

-Tema- Dunia Berbudi Dan Penyayang.

-Surah yang ditetapkan ayat 1-18.

(surah al-fatihah, ayat 1-7) baca sahaja, tidak perlu tadabbur

a)-(surah al-baqarah, ayat 1-5)

b)-(surah al-hujurat, ayat 1-18)- surah ini perlu ditadabur

2)perkenalkan pemegang panji (mengetuai setiap 6 ayat daripada surah al-hujurat)

3) Pentadabbur meminta audience bersedia membaca al-quran bersama-sama pemegang panji.

4)pastikan pembaca surah berhenti ditempat yang telah ditetapkan untuk ayat-ayat yang ditadabbur.

5)pentadabbur akan simpulkan surah yang dibaca.(surah haruslah selesai dibaca dan ditadabbur hanya dalam tempoh maksimum 1 jam)

6) terakhir- ikrar quran(diketuai oleh pentadabbur)

7)penutup- tutup dengan tasbih kafarah/ surah al-asr

8) Penyampaian cenderahati pada semua peserta yang menikuti program ini.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti