Tarikh: 23 Ogos 2017

Masa: 8.30am-2.00pm

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Bukit Chandan

Peserta: Pihak Pusat Kegiatan Guru Kota Lama Kanan, Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, petugas PI1M, dan beberapa pelajar sekolah yang terpilih.

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memilih tokoh NILAM peringkat Daerah Kuala Kangsar tahun 2017. Pengajur program ini adalah daripada pihak Kegiatan Guru Kota Lama Kanan dan berkerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala  Kangsar. Di samping itu, program ini juga dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan yang lebih erat di antara pihak PKG dan pihak Pusat Internet 1Malaysia Bukit Chandan.