Program : Slot Dashboad & advokasi KDB (Modul Check Your Label ) Kerjasama Pusat Kegiatan Guru (PKG)

Tarikh    :7 September 2017

Masa     : 9.00 am – 10.30 am

Peserta : 10 orang

 

 

TUJUAN

Program ini merupakan kerjasama Pusat Internet Bukit Chandan dan Pusat Kegiatan Guru daerah Kuala Kangsar yang telah diadakan di bilik latihan Pi1M Bukit Chandan.Seramai 10 orang peserta di kalangan guru yang mengambil bahagian. Tujuan program ini ialah untuk menerangkan fungsi Pusat Internet dan Aplikasi dashboard yang dilaksanakan di Pusat Internet 1Malaysia Bukit Chandan.Selain itu,iainya juga untuk mempromosikan Pusat Internet ini kepada para pelajar di sekitar daerah Kuala Kangsar melalui guru-guru.Seterusnya, menyampaikan mesej daripada MCMC iaitu "check your label" pada setiap gadget sebelum membelinya.

 

AKTIVITI

Program ini terbahagi kepada 2 slot iaitu Pengenalan Dashboard dan fungsi setiap Modul dan juga Advokasi KDB (Modul Check Your Label).Penerangan setiap modul di dalam dashboard diterangkan fungsi dan manfaatnya.Kami juga turut menerangkan Modul mySkool yang turut ada di dalam dashboard.Seterusnya, Slot kedua ialah mengenai Check your label. Penerangan tentang pentingnya melihat dan semak lebel pada setiap gadget sebelum dibeli adalah sangat penting untuk memastikan ianya selamat di guna dikalangan para pengguna.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti