Tarikh : 9 Januari 2024
  Masa : 10.30 Pagi  - 12.30 Tengahari
  Lokasi : PEDi Kuala Kangsar
  Aktiviti : Program Klik Dengan Bijak (KDB) Siber Buli

 

Tujuan & Aktiviti

PEDi Kuala Kangsar dan Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Kangsar telah menerima Lawatan daripada 45 orang pelajar SABK Maahad Al-Yahyawiyah, Padang Rengas.PEDi Kuala Kangsar telah melaksanakan Program Klik Dengan Bijak yang bertajuk Buli Siber untuk pelajar-pelajar tersebut. 

Tarikh : 19 Disember 2023
  Masa : 10.00 Pagi  - 12.00 Tengahari
  Lokasi : PEDi Kuala Kangsar
  Aktiviti : Kelas Insentif Whatsapp Business

 

Tujuan & Aktiviti

Kelas Usahawan (KELAS INSENTIF WHATSAPP BUSINESS) percuma kepada usahawan Kuala Kangsar. Terima kasih kepada yang telah sertai kelas yang dijalankan pada 19 Disember 2023 Hari Selasa.
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu usahawan-usahawan Kuala Kangsar untuk berdagang di digital platform online dan memudahkan usaahawan mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih luas.
Kepada usahawan yang berminat untuk sertai kelas usahawan, penyertaan adalah percuma hanya perlu menjadi ahli sahaja. 
 

Tarikh : 27 November 2023
  Masa : 10.00 Pagi  - 2.00 Petang
  Lokasi : PEDi Kuala Kangsar
  Aktiviti : Perkhidmatan Kaunter Bergerak SSM @ PEDi Kuala Kangsar

 

Tujuan & Aktiviti

Program ini bertujuan membantu usahawan-usahawan dikalangan penduduk setempat untuk bertemu pegawai dari SSM sama ada membuat,memperbaharui atau mempunyai masalah tentang SSM tanpa ke Pejabat SSM yang berada di daerah Ipoh saja.
 

Tarikh : 12 Disember 2023
  Masa : 10.00 Pagi  - 12.00 Tengahari
  Lokasi : PEDi Kuala Kangsar
  Aktiviti : Kelas Bimbingan usahawan (Shopee)

 

Tujuan & Aktiviti

Kelas Bimbingan Shoppe Seller usahawan telah diadakan  pada 12 Disember 2023 iaitu pada hari Selasa yang lalu.Kelas ini dijalankan secara percuma untuk usahawan yang berdaftar menjadi Ahli PEDI Kuala Kangsar dengan bayaran RM5 sekali seumur hidup. Usahawan mendapat bimbingan untuk memasarkan produk mereka menggunakan platform shopee.
 

 
Tarikh : 9 November 2023
  Masa : 9.30 Pagi  - 11.00 Pagi
  Lokasi : PEDi Kuala Kangsar
  Aktiviti : Lawatan Sambil Belajar dari Sekolah Pendidikan Khas SK Temin

 

Tujuan & Aktiviti


 
 
Aktiviti 1: Pertandingan 3 kuiz online iaitu kuiz bendera negeri di malaysia, permainan tradisional dan anggota tubuh badan.
Aktiviti 2: Bimbingan menaip microsoft word dan pertandingan menaip pantas.
 

.