Tarikh: 29 Ogos 2017

Masa: 6.00pm-7.00pm

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Bukit Chandan.

Peserta: Penghulu Mukim Sayong, JKKK Kampung Bukit Chandan, JKKK Kampung Sungai Siput,Petugas Perpustakaan Awam Kuala Kangsar, dan Petugas Pusat Internet 1Malaysia Bukit Chandan.

Program pengenalan kepada aplikasi Dashboard adalah bertujuan untuk menerangkan dan memperkenalkan secara dasar berkenaan penggunaan dan kelebihan aplikasi Dashboard ini. Di samping itu, program ini juga dapat membuka mata peserta betapa mudahnya menggunakan aplikasi dashbord ini.

 

Tarikh: 29 Ogos 2017

Masa:5.00pm-6.00pm

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Bukit Chandan

Peserta: Penghulu Mukim Sayong, JKKK Kampung Bukit Chandan, JKKK Kampung Sungai Siput, petugas Perpustakaan Awam Kuala Kangsar, dan petugas PI1M Bukit Chandan.

Mensyuarat ini dijalankan adalah bertujuan untuk menubuhkan organisasi dan melantik AJK perlaksana bagi Pusat Internet 1Malaysia Bukit Chandan ini. Di samping itu juga, ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan yang erat di antara pihak JKKK, pihak Perpustakaan Awam Kuala Kangsar dengan pihak Internet 1Malaysia Bukit Chandan.

 

Tarikh: 23 Ogos 2017

Masa: 8.30am-2.00pm

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Bukit Chandan

Peserta: Pihak Pusat Kegiatan Guru Kota Lama Kanan, Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, petugas PI1M, dan beberapa pelajar sekolah yang terpilih.

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memilih tokoh NILAM peringkat Daerah Kuala Kangsar tahun 2017. Pengajur program ini adalah daripada pihak Kegiatan Guru Kota Lama Kanan dan berkerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala  Kangsar. Di samping itu, program ini juga dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan yang lebih erat di antara pihak PKG dan pihak Pusat Internet 1Malaysia Bukit Chandan.