Tarikh : 31 Disember 2017

Masa  : 3.00 petang - 6.00 petang

Tempat :  Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar

 

TUJUAN

Tujuan Kelas ini diadakan adalah bertujuan mengajar asas Adobe Photoshop iaitu cara mengedit gambar dan juga cara memasukkan gambar dari carian "google" dan seterusnya menghasilkan satu "Facebook Cover". Tenaga pengajar kelas ini telah dibantu oleh Komuniti yang telah mnjadi ahli di Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar  dan mahir dalam mengendalikan Perisian Adobe Photoshop. 

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti

Tarikh : 16 Disember 2017

Masa  : 8.00 pagi - 5.30 petang

Tempat :  Di Perkarangan bangunan Perpustakaan Awam Kuala Kangsar

Perasmi Majlis :Y.B Tuan Haji Mazlin Sham Bin Razman, ADUN Bukit Chandan

TUJUAN

Hari Bersama Pusat Internet 1Malaysia ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutamanya kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Digital Intelligence Sdn Berhad iaitu kemudahan capaian internet Jalur Lebar yang disediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik  dan pameran daripada agensi serta Jualan telah diadakan.

 

 

 

Tarikh : 6-7 Disember 2017

Masa  : 8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat : Perpustakaan Awam Kuala Kangsar

Peserta : 40 Peserta terdiri daripda kanak-kanak 9-12 tahun

 

Tujuan

Program ini adalah cuti sekolah kerjasama library dan Pusat Internet untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur 9-12 tahun.Camp ini mengandungi aktiviti Explorace back to nature, kemahiran kendiri, Kerjasama berpasukan,positif & proaktif dan program lawatan. Ianya sanagt menarik untuk aktiviti kanak-kanak pada cuti sekolah.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti

Tarikh : 12 Disember 2017

Masa  : 10.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Perpustakaan Awam Kuala Kangsar

10 orang AJK Pelaksana Pi1M

 

TUJUAN

 

Mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pi1M diadakan Bersempena dengan Hari Majlis Perasmian dan Hari Bersama Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar pada hari Sabtu 16 Disember 2017 untuk membincangkan tentang perjalanan dan aturcara majlis tersebut.

Tarikh : 17 November 2017

Masa  : 8.30 pagi - 10.00 pagi

Tempat : SMK Sayong

Peserta : Pelajar Tingkatan 1 - tingkatan 4 ( Modul maklumat palsu, online grooming & kuiz )

 

 

Tujuan

 

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar sekolah tentang bahayanya penyebaran maklumat palsu melalui medium online contohnya seperti share maklumat yang tidak sahih di aplikasi facebook, whatsapp, wechat, twitter dan sebagainya yang boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada mereka dan orang lain juga.Selain itu,mereka juga diberitahu supaya harus berwaspada semasa menggunakan medium aplikasi online tersebut kerana terdapat banyak keburukannya apabila disalahgunakan dan segala tindakan yang dilakukan haruslah bertanggungjawab terhadap kesan dan akibatnya.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti