Tarikh : 25 November 2017

Masa  : 3.00 petang- 5 petang

Tempat : PI1M Kuala Kangsar

Peserta : 1 org Peserta (Modul "create email & facebook" )

 

Tujuan

Kelas bimbingan golongan warga emas ini diberikan kepada salah seorang usahawan homstay PI1M Kuala Kangsar. Dengan adanya medium pemasaran melalui online dapat meningkatkan permintaan homestaynya dengan cara lebih mudah dan cepat.Selain itu, pengurus juga turut mengajar cara membuat email yang bertujuan dapat memudahkan segala kerja menghantar atau menerima maklumat daripada pelanggan.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti

Tarikh : 24 November 2017

Masa  : 3.00 petang- 5 petang

Tempat : PI1M Kuala Kangsar

Peserta : Pelajar Tingkatan 2 SMK Raja Perempuan Kelsom

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aplikasi Dashboard yang berada di Pusat Internet 1Malaysia.Mereka juga mendapat tahu tentang kelebihan dan manfaat menggunakan aplikasi ini sama ada pada smartphone atau komputer.Selain itu, mereka juga didedahkan dengan sedikit pengenalan asas komputer yang para pelajar perlu tahu dan mahir menggunakannya seperti perisian microsoft,paint dan lain-lain.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti

Tarikh : 2 November 2017

Masa  : 8.30 pagi - 11.00 pagi

Tempat : SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar

Peserta : Pelajar Darjah 6

Ceramah disampaikan oleh Pn Hanita dari MCMC dan Petugas Pi1M.

 

Tujuan

Program ini adalah kerjasama dari pihak Sekolah Muzwin dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyampaikan ceramah berkaitan kesan Media Sosial terhadap Remaja. Dua modul telah disampaikan iaitu "Online Grooming dan Buli Siber" kepada pelajar-pelajar. Mereka juga telah didedahkan dengan kesan-kesan negative yang telah berlaku apabila remaja menyalahgunakan media sosial. Ini dapat memberi kesedaran kepada mereka supaya lebih berhati-hati menggunakan media sosial

 

 

Klik Untuk Gambar aktiviti

Tarikh : 8 & 9 November 2017

Masa  : 10.30 pagi - 12.30 tengahari

Tempat : PI1M Kuala Kangsar

Peserta : Pelajar Darjah 6

Ceramah disampaikan oleh Pengurus Pi1M Kubang Pekan, En Ahmad Saufi Bin Ahmad Khalil

 

Tujuan

Program Lawatan ke Perpustakaan Kuala Kangsar oleh pelajar lepasan UPSR SK Muzwin sering kali diadakan setiap tahun bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mencari ilmu melalui medium offline dan online. Program ini merupakan kerjasama diantara perpustakaan awam dan pihak Pusat Internet Kuala Kangsar untuk berkongsi ilmu kepada para pelajar. Program ini juga dapat memberi kesedaran kepada pelajar supaya lebih berhati-hati semasa menggunakan teknologi ICT atau mencari ilmu melalui medium online. Tajuk yang dirungkai iaitu "perkongsian maklumat palsu dan tak pasti jangan kongsi" akan dapat memberi lebih maklumat kepada para pelajar.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 28- 29 Oktober 2017

Masa  : 9.00 am - 5.00 pm

Peserta : 20 peserta dikalangan guru dan 20 peserta di kalangan pelajar

Lokasi: Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar

 

TUJUAN

Program ini adalah Program kerjasama MCMC dan tenaga pengajar dari USM. Seramai 20 peserta dikalangan guru mengikuti Program ini pada hari pertama manakala 20 peserta lagi dikalangan pelajar pula pada hari kedua. Program ini bertujuan mengajar peserta tentang Arduino.Arduino adalah pengendali mikro single-board yang bersifat open-source, diturunkan dari Wiring platform, dirancang untuk memudahkan penggunaan elektronik dalam berbagai bidang contohnya seperti peti ais, mesin basuh, smart watch dan peralatan lain adalah direka daripada Arduino itu sendiri. Arduino sangar popular dikalangan peminat dan pereka robotik dan elektronik kerana mudah dipelajari.Oleh itu, pendedahan tentang Arduino ini dapat menarik minat pelajar dan guru tentang cara mencipta sebarang peralatan elektronik dan robatik di sekolah nanti.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti