Tarikh : 22 Jun 2018
  Masa : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala kangsar
  Peserta : 7 orang

 

Tujuan

Memberi bimbingan kepada pelajar Tingkatan 3 membuat kerja Kursus mengunakan aplikasi Microsoft Words dan juga Microsoft Power Point.Pelajar dapat belajar dan memahami dengan lebih cepat disebabkan mereka mempunyai tugasan yang sebenar dari pihak sekolah. Pelajar juga lebih fokus untuk menyiapkan tugasan mereka dengan smpurna.

Aktiviti
 
Pelajar diajar cara mencari maklumat di internet dan menyalin maklumat tersebut dan menampal serta edit maklumat pada Ms Words & Ms. Power Point.
 
 
 

 Tarikh : 7 Jun 2018
  Masa : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala kangsar
  Peserta : 80 orang

 

Tujuan

 

 Quran Hour adalah Inisiatif sebelum ini yang dimulakan dengan penubuhan rumah ngaji pada tahun 2013, kini terdapat lebih 1150 rumah ngaji diseluruh negara.Quran   hour dimulakan pada tahun 2015, iaitu dari malaysia ngaji ke Malaysia Quran Hour yang telah bergerak ke world #quran hour semenjak tahun 2016.

 Kempen ini digerakkan oleh yayasan warisan ummah ikhlas bagi mengajak Masyarakat mengubah ekosistem yang ada kembali semula kepada system Berasaskan     Al-quran. Matlamatnya adalah untuk melahirkan sebuah Legasi akhlak al-quran, berfikir dan bertindak berlandaskan al-quran.

Kempen #QuranHour mengalakkan masyarakat berinteraksi dengan alquran melalui kaedah tadabbur dan tazakkur. Penyampaian kandungan Al-quran akan dikupas sehinggalah ianya mampu diaplikasikan kepada setiap lapis dan kluster masyarakat, sesuai dengan peranan al-quran sebagai mukjizat dan petunjuk sepanjang zaman.

Menggalakkan Interaksi dengan al-quran melalui baca ,faham dan amal, mengajak masyarakat mendalami intipati al-quran dan tidak lagi semata-mata membaca dan menghafaz tanpa mampu menghayati isi dan pesan yang Ingin disampaikan oleh Allah S.W.T.

 

Aktiviti
 

1)Memastikan surah dan tema yang dibawa iaitu:

-Tema- Dunia Berbudi Dan Penyayang.

-Surah yang ditetapkan ayat 1-18.

(surah al-fatihah, ayat 1-7) baca sahaja, tidak perlu tadabbur

a)-(surah al-baqarah, ayat 1-5)

b)-(surah al-hujurat, ayat 1-18)- surah ini perlu ditadabur

2)perkenalkan pemegang panji (mengetuai setiap 6 ayat daripada surah al-hujurat)

3) Pentadabbur meminta audience bersedia membaca al-quran bersama-sama pemegang panji.

4)pastikan pembaca surah berhenti ditempat yang telah ditetapkan untuk ayat-ayat yang ditadabbur.

5)pentadabbur akan simpulkan surah yang dibaca.(surah haruslah selesai dibaca dan ditadabbur hanya dalam tempoh maksimum 1 jam)

6) terakhir- ikrar quran(diketuai oleh pentadabbur)

7)penutup- tutup dengan tasbih kafarah/ surah al-asr

8) Penyampaian cenderahati pada semua peserta yang menikuti program ini.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti

 


 

 

 

Tarikh : 6 Mei 2018
   Masa : 9.00 pagi -12.00 Tengahari
   Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia
   Peserta : 8 orang

 

Tujuan

Kelas latihan ini adalah persedian pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Guru  En Muhammad Hafiz dari SMK Simpang Beluru yang telah mengajar Matematik Tambahan dan membuat kelas matapelajaran tersebut di Pusat Internet ini.

 

 Aktiviti
 

Para pelajar telah diajar matapelajaran ini secara online dan offline. Pelajar juga dideahkan dengan soalan SPM " past year" di dalam internet.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti


 

 

 
  Tarikh : 17 Mei 2018
   Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
   Lokasi : Pejabat Kemas Sungai siput
   Peserta : 150 orang

 

Tujuan

Memberi kesedaran kepada para ibubapa tentang bahaya penyalahgunaan daripada internet dan teknologi. Ianya juga supaya ibu bapa dapat memantau anak-anak mereka semasa anak-anak menggunakan smartphone dan internet.

Aktiviti
 
Taklimat Klik Dengan Bijak telah disampaikan oleh Puan Hanita daripada MCMC.
 
 
 

  Tarikh : 4 Mei 2018
   Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
   Lokasi : Sk Tanah Merah
   Peserta : 50 orang

 

Tujuan

Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya penyalahgunaan daripada internet dan teknologi.

Aktiviti
 
Taklimat modul online grooming,maklumat palsu dan buli siber telah disampaikan oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia.