Tarikh : 11-22 September 2018
   
  Lokasi : Dewan Jubli Kuala & Arena Petangue Kuala Kangsar
   

 

Tujuan

Sukan Sukma Kali ke 19 pada tahun ini telah dibuat di negeri Perak.  Daerah Kuala Kangsar terpilih untuk acara sukan Sukma Petangue dan juga Pancak Silat. Sukan ini akan berlangsung pada 11-22 September 2018.Oleh itu, Kuala Kangsar telah menjadi pusat tumpuan media dan peserta daripada negeri-negeri lain yang turut mengambil bahagian dalam acara tersebut.

 
Aktiviti
 
Acara Sukan Petangue akan berlangsung di Arena Petangue Kuala Kangsar pada 13-19 September 2018 manakala acara sukan Pancak silat pula akan berlangsung di Dewan Jubli Kuala Kangsar pada 14-21 September Kuala Kangsar.
 
 
 

 Tarikh : 12 September 2018
  Masa : 9.30 Pagi - 12.30 tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala kangsar
  Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini adalah permintaan dari Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Kenas untuk pelajarnya mengikuti kelas Bahasa Inggeris menggunakan applikasi Frof VLE. Disebabkan kekangan disekolah yang tidak mempunyai capaian internet yang baik maka pembelajaran kelas ini di buat di Pusat Internet Kuala Kangsar.

 
Aktiviti
 
Pelajar diajar cara membuka komputer seterusnya membuka applikasi Frog VLE.Segala aktiviti pembelajaran adalah berdasarkan aplikasi pembelajaran  tersebut.
 
 
 
 

Tarikh : 19 Ogos 2018
  Masa : 10 Pagi - 12 Tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
   

 

Tujuan

Tujuan MyHealth Dashboard diadakan untuk memberi info kepada penguna bahawa Pusat Internet juga mempunyai peralatan untuk memeriksa tekanan darah yang telah dihubungkan dengan aplikasi dashboard.Pengguna juga dapat melihat record bacaan darah mereka sebelum ini yang tersimpan didalam akaun dashboard mereka.

Aktiviti
 
Aktiviti memeriksa tekanan darah ini dibuat khusus untuk komuniti yang berumur 18 tahun dan keatas.10 pengguna pertama akan mendapat T-shirt Dashoard Komuniti.
 
 
 

 
 Tarikh : 28 Ogos 2018
  Masa : 9 Pagi - 6 Petang
  Lokasi : Perpustakaan Awam & Pusat Internet Kuala Kangsar
 Tokoh Jemputan  YM Raja Shahriman

 

Tujuan

Program Bicara Seni Anak Kuala merupakan usahasama diantara Perpustakaan Awam dan juga Pusat Internet.Program ini memperkenalkan tokoh seorang Pengarca Seni  yang tersohor iaitu YM Raja Shahriman. Beliau banyak menghasilkan karya seni yang amat mengagumkan. 

 
Aktiviti
 
Program ini juga turut mempunyai aktiviti lain seperti Pertandingan mewarna, Aktiviti Pusat Internet iaitu Pemeriksaan tekanan darah (MyHealth) dan Download Apps Dashboard Komuniti, dan juga aktiviti pemilihan Tokoh Nilam Peringkat daerah Kuala Kangsar.
 
 
 

Tarikh : 4 Ogos 2018
  Masa : 7 Pagi - 11 malam
  Lokasi : Dewan Jubli Kuala Kangsar
   

 

Tujuan

Pihak MCMC mewakilkan Pusat Internet Malaysia Kluster Perak Utara 2 ke  jemputan Program pelancaran hari Kebangsaan Negeri Perak yang bertempat di  Dewan Jubli Kuala Kangsar. Program ini adalah bersempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang pada bulan Ogos. Selain itu, ianya bertujuan memeriahkan lagi program yang telah diadakan.

Aktiviti
 
Aktiviti yang disediakan di Booth MCMC ialah Teka Silang Kata Klik Dengan Bijak,Congkak, Dam dan Game Kahoot.