Tarikh : 16 Februari 2019
  Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Email; Create Email & cara penggunaan email

 

Tujuan

Koperasi Guru-Guru Melayu daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak Berhad telah berhasrat mengadakan kelas pengurusan Email untuk Ahli Jawatankuasanya yang bertujuan memberi pengetahuan yang lebih jelas tentang pengurusan Email.Kebanyakan ahlinya terdiri daripada Pesara Guru dan memerlukan bimbingan khas daripada petugas Pusat Internet.

Aktiviti
 
- Setiap ahli Jawatankuasa menghasilkan email yang mempunyai nama mereka dan juga singkatan perkataan koperasi supaya ianya nampak seragam dan setiap ahli mudah mengenal pasti identiti penghantar atau penerima email tersebut.
- Cara "compose" email kepada group ahli jawatankuasa.
- Menunjukkan cara menggunakan goggle Drive melalui email.
 

  Tarikh : 8 Februari 2019
  Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Kdb & Kuiz Maklumat Palsu

 

Tujuan

Ianya bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang bahayanya penyebaran maklumat palsu tanpa menyelidik dahulu maklumat yang disampaikan sama ada ianya betul atau salah.

Aktiviti
 
- Pelajar dipertontonkan dengan video-video maklumat palsu yang menarik dan memudahkan mereka faham  dengan lebih jelas.
- Pelajar juga diuji dengan soalan-soalan kuiz.
 

  Tarikh : 2 Februari 2019
  Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Asas Komputer,Search engine & Copy&paste dokumen

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk pelajar mengetahui asas komputer iaitu search engine google bagi carian maklumat di komputer dan "copy & paste" maklumat yang dicari di Microsoft Words. Cara ini lebih mudah untuk pelajar menyalin maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan efektif.

 
Aktiviti
 
- Menggunakan search engine google untuk menggunakan Arabic Keyboard. 
- Menggunakan huruf arab untuk mencari maklumat yang dikehendaki.
- Copy maklumat di google & paste ke Microsoft Word.
- Belajar save dokumen di komputer dan pendrive.
 
 

  Tarikh : 1 Februari 2019
  Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Publisher,Kad Ucapan Tahun Baru Cina

 

Tujuan

Bersempena dengan tahun baru Cina ini, petugas telah mengajar membuat Kad Ucapan Tahun Baru Cina menggunakan software Microsoft Publisher. Ianya bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang software microsoft yang boleh membuat Kad ucapan dengan lebih mudah dan cepat.

Aktiviti
 
- Menggunakan Microsoft Publisher.
- Membuat Kad Ucapan Tahun Baru Cina
- Menangkap gambar sendiri menggunakan camera pada PC dan dimasukkan pada Kad Ucapan.
- Menghias Kad Ucapan supaya lebih menarik dengan pilihan design yang disukai.
 
Tarikh : 28 Januari 2019
  Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
  Lokasi : Dataran Amanjaya manong
  Program : Pameran Pusat Internet Kluster Kuala Kangsar

 

Tujuan

Program Acekomer Eksplor Manong merupakan Program Komuniti setempat untuk merapatkan silaturahim diantara penduduk kampung dengan Seni & Budaya. Pusat Internet Kluster Kuala Kangsar telah dijemput untuk mengadakan pameran untuk memeriahkan lagi program ini.

 
Aktiviti
 
- Mengadakan Pameran Klik Dengan Bijak untuk Komuniti Setempat.
-Mempromosikan Pusat Internet Daerah kuala kangsar untuk kemudahan komuniti.