Tujuan

Memberi tunjuk ajar cara menggunakan Adobe Photoshop dan menerangkan secara ringkas tentang tool yang ada pada Adobe Photoshop..

Aktiviti
 
Selepas membuat penerangan secara ringkas tentang Adobe, pelajar dikhendaki membuat 1 poster yang ringkas menggunakan Adobe Photoshop.Melalui aktiviti ini pelajar akan lebih memahami dan mengingati tools yang telah diajar.
 
 

 Tarikh : 22 Disember 2018
  Masa : 7 Pagi - 2.30 Petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
Penceramah  Dr Lailatul Mohaini Bt Mohamad

 

Tujuan

Program Jom Sihat ini dianjurkan untuk merapatkan hubungan antara komuniti setempat dangan pusat internet menerusi Program Kesihatan Ini. Program ini juga menerapkan bertapa pentingnya gaya hidup sihat yang harus dilakukan oleh komuniti setempat.

Aktiviti
Aktiviti yang dilaksanakan sempena program ini ialah  senam erobik, Music Chair, Gubahan Buah, Pertandingan Mewarna, Pemeriksaan Saringan Kesihatan (Gula dalam darah, berat badan,tekanan darah dan ukuran tinggi) Ceramah kesihatan oleh Dr Lailatul Mohaini Bt Mohamad, Pertandingan Tiup Belon dan Kutip Coklat untuk kanak-kanak serta pertandingan dashboard( Cipta Poster & atikel kesihatan, Label Lokasi Pusat pemeriksaan kesihatan dan Kuiz Online).
 

 Tarikh : 15 Disember 2018
  Masa : 9 Pagi - 11 Pagi
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul  Dashboar (My soal)

 

Tujuan

Tujuan ianya diadakan untuk memberi maklumat kepada ahli Pusat Internet tentang kemudahan yang telah disediakan kepada mereka jika mereka menghadapi masalah atau pertanyaan boleh menggunakan sistem Dashboard (Mysoal) ini.

 

Aktiviti
 
Penerangan tentang dashboard diberikan dan mereka diajar cara-cara menggunakan applikasi dashboard mysoal dengan lebih jelas.
 
 

 

 Tarikh : 20-21 Disember 2018
  Masa : 9 Pagi - 5 Petang
  Lokasi : Perpustakaan Awam  Kuala Kangsar
   

 

Tujuan

Library Camp adalah salah satu program yang wajib diadakan pada setiap hujung tahun dan ianya bertujuan untuk memenuhi program cuti sekolah yang lebih bermanfaat kepada pelajar- pelajar yang menyertainya.Program ini berlangsung selama 2 hari berturut-turut.

 

Aktiviti
 
Pada hari pertama, unit Jabatan Pertahanan Awam memberi taklimat tentang cara memberi khidmat bantuan pertolongan cemas dengan betul. Seterusnya pada hari kedua pula,peserta mempunyai aktiviti d kolam renang di mana mereka diajar cara berenang dengan betul.
 

 Tarikh : 14 November 2018
  Masa : 9 Pagi - 11 Pagi
  Lokasi : Dewan Serbaguna Universiti Azlan Shah, Kuala Kangsar 
  Tajuk : Pendidikan Keselamatan Keluarga di Alam Siber

 

Tujuan

Seminar ini adalah usahasama daripada Lembaga Peduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN) yang bertujuan memberi informasi serta kesedaran tentang pendidikan keselamatan keluarga di Alam Siber iaitu bersempena dengan sambutan bulan keluarga bebangsaan 2018. Pasukan Pengurus Pusat Internet Cluster Kuala Kangsar telah ditugaskan untuk memberi seminar tersebut kepada tetamu jemputan.

Aktiviti
Modul Klik Dengan Bijak telah disampaikan dan beberapa soalan Kuiz serta hadiah menarik telah diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan Kuiz tersebut.