Tarikh : 24 Oktober 2018
  Masa : 2  Petang - 6 petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Peserta : 15 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar para usahawan cara pemasaran di dalam talian iaitu menggunakan medium  percuma Facebook dan berbayar( Facebook Ads). Untuk melaksanakan program ini pihak Pusat Internet telah menjemput tenaga pengajar yang mahir dari Team Coway Iaitu En Alif Imran untuk mengajar kelas ini.

 

Aktiviti
Semua peserta dikehendaki untuk "create" FB pages masing-masing dan belajar menulis copy writting produk yang akan dijual dengan menarik di FB pages. Mereka juga diajar cara membuat posting yang berbayar di Facebook untuk menarik lebih ramai lagi audiance yang melihat produk yang dijual dan bukan hanya rakan di facebook sahaja.Oleh itu target pasaran juga akan menjadi semakin meluas dan hasil yang diperolehi juga akan bertambah dan tidak terhad.
 
 

  Tarikh : 17 Oktober 2018
  Masa :  2.30 tengahari - 5.30 petang
  Lokasi : PPD Kuala Kangsar
    

Tujuan

Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa akan datang bersama Pejabat Pendidikan Kuala Kangsar bahagian ICT.

Aktiviti
 
Perbincangan dan memberikan idea-idea untuk melaksanakan program yang bersesuain pada masa akan datang.
 
 
 

Tarikh : 2 Oktober 2018
  Masa : 9.30 Pagi - 12.30 tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala kangsar
  Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini adalah untuk pelajar dari SK Kenas yang menggunakan aplikasi Frog VLE untuk pembelajaran mata pelajaran Sains di dalam talian.Dengan adanya aktiviti ini, ianya lebih menarik dan tidak membosankan. Pelajar juga ternyata lebih seronok belajar di dalam talian.

 
Aktiviti
 
Pelajar diajar cara membuka komputer seterusnya membuka applikasi Frog VLE.Segala aktiviti juga mengikut arahan dariada aplikasi tersebut.
 
 

  Tarikh : 10 Oktober 2018
  Masa : 9.30 Pagi - 2.30 tengahari
  Lokasi : SK Talang
  Peserta : 60 orang

 

Tujuan

Kem Bestari ICT ini adalah program daripada Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Kuala Kangsar. Pihak PKG telah menjemput Pusat Internet untuk memberi slot Khas iaitu  Klik Dengan Bijak (KDB)  kepada para pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Ianya bertujuan memberi input tentang keselamatan penggunaan Komputer dan kesan penyalahgunaannya.

 

Aktiviti
 
Petugas Pusat Internet telah memberi taklimat tentang tajuk berkaitan Online Grooming, Buli Siber dan Game Interaktif kepada para pelajar.
 
 

 Tarikh : 24 September 2018
  Masa : 2.30 Petang - 5.30 Petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala kangsar
  Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Kelas ini adalah bertujuan mengajar pelajar cara membuat resume dengan betul untuk tujuan memohon pekerjaan dimasa akan datang.

Aktiviti
 
Pelajar diajar cara membuat resume menggunakan Microsoft Words dan juga melihat contoh resume yang terkini di web browser "Google". Resue yang siap dihasilkan di cetak untuk tujuan rujukan dan simpanan.