Tarikh : 28- 29 Oktober 2017

Masa  : 9.00 am - 5.00 pm

Peserta : 20 peserta dikalangan guru dan 20 peserta di kalangan pelajar

Lokasi: Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar

 

TUJUAN

Program ini adalah Program kerjasama MCMC dan tenaga pengajar dari USM. Seramai 20 peserta dikalangan guru mengikuti Program ini pada hari pertama manakala 20 peserta lagi dikalangan pelajar pula pada hari kedua. Program ini bertujuan mengajar peserta tentang Arduino.Arduino adalah pengendali mikro single-board yang bersifat open-source, diturunkan dari Wiring platform, dirancang untuk memudahkan penggunaan elektronik dalam berbagai bidang contohnya seperti peti ais, mesin basuh, smart watch dan peralatan lain adalah direka daripada Arduino itu sendiri. Arduino sangar popular dikalangan peminat dan pereka robotik dan elektronik kerana mudah dipelajari.Oleh itu, pendedahan tentang Arduino ini dapat menarik minat pelajar dan guru tentang cara mencipta sebarang peralatan elektronik dan robatik di sekolah nanti.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti

Lawatan Ke Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar daripada Tadikaku Permata Terbilang Taman Chandan Putri Kuala Kangsar Tarikh : 12 Oktober 2017, Masa : 10:30 am - 12.30 pm

 

 

TUJUAN

Aktiviti yang dilakukan adalah belajar cara penggunaan komputer secara asas untuk adik-adik supaya mereka terbiasa menggunakan komputer. Disamping itu pihak pi1m juga tidak melepaskan peluang untuk memberi ilmu baru kepada adik-adik tadika dengan belajar mewarna menggunakan komputer.Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang baru.

 

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti

 

 

Program :KELAS ASAS Microsoft Power Point dan Bengkel Aplikasi Dashboard.

Tarikh     : 23 September 2017

Masa      : 10.00 AM- 1.00 PM

Peserta  :Pelajar Sekolah Menengah

 

TUJUAN

Seramai 7 orang peserta dikalangan pelajar Sekolah Menengah sekolah sekitar daerah Kuala Kangsar telah mengikuti Kelas Asas Microsoft Power Point ini. Ianya bertujuan memberi tunjuk ajar cara menggunakan perisian Microsoft Office Power Point kepada pelajar.Pelajar juga dapat menggunakan perisian ini untuk tujuan pembentangan kertas kerja dan sebagainya.

 

AKTIVITI

Pelajar diajar cara mengunakan Microsoft Power Point dan diarahkan untuk membuat Jadual Aktiviti Harian masing-masing yang mengandungi teks,gambar,bunyi,carta dan lain-lain pada slaid tersebut.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti

 

Program :Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat B.I.J.A.K Safe And Protect

Tarikh : 11 Oktober 2017

Tempat : SK Sg. Siput

Peserta : 300 pelajar Tahap 2

 

 

TUJUAN

Aktiviti ini dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan Kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia untuk memberi kesedaran kepada kanak- kanak tentang keselamatan semasa menggunakan Teknologi ICT. Seramai 300 peserta telah mengikuti program ini dengan jayanya.

 

AKTIVITI

Modul KLIK DENGAN BIJAK (KDB) iaitu Maklumat Palsu  dan Tak Pasti Jangan Kongsi telah disampaikan oleh Petugas Pusat Internet Kluster Perak Utara.Selain itu, Kuiz tentang Modul juga dibuat untuk melihat tahap pemahaman pelajar tentang maklumat yang telah disampaikan.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti

Program : Kelas Microsoft Office Words

Tarikh    : 17 September 2017

Masa     : 3.00 PM- 6.00 PM

Peserta : 10 orang

Golongan Sasaran : Pelajar Sekolah Menengah 

 

 

 

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta dikalangan pelajar sekolah menengah. Ianya bertujuan untuk memahirkan lagi pelajar menggunakan perisian Words untuk persedian mereka membuat Kerja Kursus Sekolah.

 

AKTIVITI

Pelajar diminta untuk menghasilkan biodata sendiri dengan kreatifiti tersendiri dengan menggunakan Words sahaja.Selain itu, pelajar diajar untuk "copy" dokumen pada carian google dan "paste" pada Words.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti