Tarikh : 18 September  2019
  Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Aktiviti : Bimbingan Carian Maklumat pelajar sekolah rendah

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan membantu pelajar sekolah rendah tahun 4 mencari maklumat menggunakan carian internet untuk Projek Sains sekolah mereka 

 
Aktiviti
 
- Pelajar diajar cara mencari maklumat menggunakan carian google..
 
-Pelajar juga diajar cara menyalin maklumat yang penting untuk dicetak.
 
 
Tarikh : 7 September  2019
  Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Aktiviti : Lawatan Pusat Internet & Game Hide & Seek

 

Tujuan

Lawatan sambil belajar dari Prasekolah Mawaddah,Sk Seri Pinang, Simpang Empat Semanggol ini adalah bertujuan memberi input kepada pelajar tentang tempat mencari ilmu online dan offline di Perpustakaan awam dan Pusat internet ini.

 
Aktiviti
 
- Pelajar prasekolah didedahkan dengan persekitaran tempat mencari ilmu iaitu buku-buku di perpustakaan dan tempat mencari maklumat di Pusat Internet.
 
-Pelajar juga berpeluang mengenal komputer dan fungsinya.
 
- Masa mereka diisi juga dengan permainan Hide & Seek.
 

Tarikh : 13 Ogos  2019
  Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Signup Online Banking & Flight Booking

 

Tujuan

Ianya bertujuan memberi tunjuk ajar cara mendaftar online banking dan seterusnya belajar membuat transaksi iaitu memindahkan wang secara online kepada pihak ketiga. Selain itu, memberi tunjuk ajar cara menempah tiket kapal terbang untuk perancangan bercuti bersama keluarga. 

 
Aktiviti
 
- Pelanggan belajar cara mendaftar online banking "Maybank2u".Seterusnya belajar cara login dan logout akaun tersebut.
 
-Pelanggan juga belajar cara memindahkan wang kepada pihak ketiga sama ada menggunakan bank yang sama atau berlainan.
 
- Mengajar pelanggan tentang cara untuk booking flight menggunakan web "www.airasia.com.
 

 
Tarikh : 24 Ogos  2019
  Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Program : Lestari ICT & Cakna Kesihatan

 

Tujuan

Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan bersama Pusat Internet & Kerjasama Perpustakaan Awam ini diadakan bertujuan untuk melestarikan Pusat Internet sebagai Pusat ICT dan kesihatan.Selain itu untuk mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan Komuniti sekitar Kuala Kangsar, agensi-agensi dan NGO untuk mewujudkan komuniti yang sihat.

 
Aktiviti
 
Sempena program ini, pelbagai aktiviti telah diadakan bermula jam 7.30 pagi dan diantaranya ialah:
  • Senamerobik
  • Mewarna
  • Pemeriksaan saringan kesihatan
  • Pertandingan Skipping terpantas 
  • Pertandinagan Hide & Seek
  • Pertandingan Typing "Pusat Internet Di Hati"
  • Kuiz Online dan lain-lain lagi.

Klik Untuk Gambar Aktiviti


 

 Tarikh : 7 Ogos  2019
  Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Bahasa Melayu, Peribahasa

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk pelajar dari Sekolah Sultan Idris II yang bertujuan memupuk minat mereka untuk belajar melalui pembelajaran di dalam talian. Bagi mereka ianya sangat menarik dan merupakan salah satu medium untuk memupuk minat belajar melalui e-learning ini.

 
Aktiviti
 
- Pelajar diajar cara membuka web untuk Quizizz E-learning.
 
- Pelajar yang mendapat markah tertinggi semasa menjabal soalan Peribahasa ini diberikan hadiah.