Tarikh : 12 April  2019
  Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Web Browse Youtube

 

Tujuan

Ianya bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang web browser "youtube" yang boleh mengajar mereka atau menghasilakan sesuatu  melalui video yang diupload di youtube.

 
Aktiviti
 
Pelajar diminta membuka youtube dan membuat origami daripada video tersebut.Ianya sesuatu yang menarik dan menguji minta pelajar sama ada mereka dapat menghasilkan origami seperti dalam video yang ditunjukkan atau tidak. Pelajar juga dapat mengasah minda mereka supaya lebih fokus untuk menghasilkan origami yang baik seperti yang diterangkan dalam video tersebut.
 
 

 Tarikh : 6 April  2019
  Masa : 7.30 pagi - 1 Petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Program : Hari Bersama Komuniti Pusat Internet

 

Tujuan

Ianya bertujuan menghebahkan kepada warga setempat mengenai kemudahan yang ada disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Telekom Malaysia menerusi MSD Digitil Intelligence Sdn Bhd iaitu kemudahan Capaian Internet jalur Lebar serta pelbagai kemudahan lain seperti "scanning, limanate,photostat dan printing". Selain itu, adanya program ini dapat merapatkan hubungan petugas Pusat Internet dan komuniti sekitar Kuala Kangsar.

 
Aktiviti
 
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah diadakan seawal 7.30 pagi iaitu aktiviti senamerobik,pertandingan mewarna,pameran-pameran dari pelbagai agensi seperti Yapiem, pemeriksaan dan pameran kesihatan,Pertandingan Dam Ular Gergasi, Pertandingan Hide & Seek dan pertandingan lain-lain lagi.
 

  Tarikh : 15 Mac 2019
  Masa : 10.30 petang - 1.00 petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Program : Mesyuarat Kluster Wilayah Perak Utara

 

Tujuan

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang aktiviti tahunan Pusat Internet bahagian Wilayah Perak Utara dan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh setiap Pusat Internet.

 
Aktiviti
 
- Wakil Ketua Kluster membuat pembentangan tentang rangkuman setiap Aktiviti Pusat Internet 
 
- Membincangkan Aktiviti Tahunan Pusat Internet seperti Advokasi Klik Dengan Bijak, CSR dan sebagainya.
 
 

 
 Tarikh : 23 Mac 2019
  Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Microsoft Words

 

Tujuan

Ianya bertujuan memahirkan pelajar menggunakan Microsoft Words dan menggunakan tools yang penting untuk menulis laporan dan sebagainya.

 
Aktiviti
 
- Pelajar diajar tentang tools yang terdapat pada Microsoft Words dan cara menggunakannya.
- Pelajar diminta untuk copy petikan puisi di search engine "google" dan paste pada microsoft words.Setelah itu,pelajar diarahkan menukar jenis tulisan dan menggunakan tools yang terdapat pada microsoft words.Ianya dapat memahirkan pelajar dengan membuat aktiviti seperti ini.
 
 

  Tarikh : 6 Mac 2019
  Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
  Lokasi : Sk Sultan Idris
  Modul : Online Grooming, Buli Siber & Panduan Keselamatan Dalam Internet

 

Tujuan

Taklimat Klik Dengan Bijak yang diadakan di Sk Sultan Idris adalah bertujuan memberi taklimat kepada para pelajar tentang salahguna pengunaan internet dan gadget seperti smartphone dan sebagainya.Mereka juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang keburukan dan kelebihan menggunakan internet.

 
Aktiviti
 
- Menerangkan kepada pelajar kebaikan dan keburukan yang terdapat pada penggunaan internet berdasarkan slideshow KDB yang disediakan.
- Pelajar juga diberikan KUIZ berdasarkan modul-modul yang diterangkan.