Tarikh : 28 Julai  2019
  Masa : 10.00 Pagi - 12.00 tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Kelas Multimedia

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara membuat suntingan gambar atau poster menggunakan Canva.

 
Aktiviti
 
- Pelajar bebas memilih template yang mereka suka dan menghasilkan satu poster yang menarik.
 
- Pelajar diajar cara memilih template yang bersesuaian dengan tujuan grafik tersebut.
 

  Tarikh : 21 Julai  2019
  Masa : 8.00 Pagi - 3.00 petang
  Lokasi : Dewan Semai Bakti, Felda Lasah Sg. Siput
  Program : Kelastrian Felda Zon Tengah

 

Tujuan

Pihak Jabatan Penerangan telah menganjurkan Program Kelastrian Felda Zon tengah dan telah menjemput Pusat Internet Kluster Kuala Kangsar untuk hadir memeriahkan program ini. Selain itu,Ianya bertujuan mempromosikan tentang kemudahan ICT yang ada disediakan di Pusat Internet kepada komuniti. 

Aktiviti
 
- Mewakili booth SKMM, Komuniti yang hadir dapat mengetahui serba sedikit info tentang Pusat Internet dan SKMM.
 
- Terdapat juga permainan menarik seperti Kuiz Roda KDB, Kuiz Puzzle, Permainan Gigi Buaya beracun dan Kuiz ICT Online.

 
Tarikh : 5 Julai  2019
  Masa : 3.00 Petang - 5.00 petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : E-pembelajaran Subject Bahasa Melayu

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan pelajar tentang peribahasa dalam Mata pelajaran Bahasa Melayu.

Aktiviti
 
-Pelajar diuji dengan Kuiz Bahasa Melayu Bahagian Peribahasa.
 
-Pelajar dapat mengetahui scoring mereka semasa menjawab kuiz ini.
 
 

Tarikh : 12 Julai  2019
  Masa : 3.00 Petang - 5.00 petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Kelas Kretif & Online Coloring

 

Tujuan

Aktiviti santai ini bertujuan menarik minat kanak-kanak untuk meningkatkan daya kretiviti mereka terhadap ICT dan teknologi.

Aktiviti
 
-Pelajar bebas untuk mencipta atau melakar sebarang lukisan menggunakan teknologi di komputer.
 
-Pelajar juga mewarnakan hasil lukisan mereka menggunakan applikasi online coloring ini.
 

 
 
Tarikh : 28 Jun  2019
  Masa : 3.00 Petang - 4 petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Kuiz offline tentang negeri-negeri di Malaysia

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah daya ingatan pelajar tentang Peta Malaysia dan kedudukan negeri-negeri yang terdapat di dalamnya.

Aktiviti
 
-Pelajar diberikan kertas kuiz tentang peta Malaysia dan pelajar perlu menandakan kedudukan negeri yang betul.
 
-Seorang pelajar yang betul dan cepat menjawab kuiz ini diberikan hadiah tajaan daripada Perpustakaan Awam Kuala Kangsar.