Tarikh : 21 Mei  2019
  Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Kelas Pengenalan Internet

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang internet dan fungsinya.Pelajar juga dapat mengetahui dengan lebih jelas kebaikan dan keburukannya.

 
Aktiviti
 
Pelajar diajar melayari internet menggunakan search engine google.Mereka bebas mencari sumber dari internet dan belajar cara mencari maklumat yang tepat menggunakan keywords yang betul dan sesuai.
 

 Tarikh : 16 Mei  2019
  Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Microsoft Power Point & Carian Google

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang membuat slide pembentangan menggunakan Microsoft Power Point.Pelajar juga diajar cara mencari maklumat di google dan "copy paste" maklumat tersebut di Power Point. Kerja juga akan menjadi lebih mudah dan pantas.

 
Aktiviti
 
Pelajar diminta untuk membuka Microsoft Power Point dan mencari maklumat di Google untuk dimasukkan pada slide pembentangan.Pelajar diajar menggunakan element-element yang terdapat di Microsoft Power Point supaya dapat menghasilkan 1 slide pembentangan yang menarik.
 

 Tarikh : 23 April  2019
  Masa : 9.30 Petang - 12.00 Tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Advokasi Online Grooming

 

Tujuan

Program Jom Membaca 10 Minit merupakan program dari Perpustakaan awam Kuala Kangsar yang dijalankan  serentak diseluruh negeri. Pusat Internet telah dijemput untuk memberi taklimat Advokasi modul Online Grooming yang bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar serta guru-guru mengenai keburukan sosial media dan kesannya.

 
Aktiviti
 
Petugas Pusat Internet telah memberi taklimat online Grooming dan menunjukkan beberapa video tentang online grooming kepada para pelajar dan guru-guru.Setelah itu petugas PI memberikan Kuiz yang berkaitan kepada pelajar dan siapa yang berjaya menjawab soalan Kuiz telah diberikan Hadiah.
 

 Tarikh : 27 April  2019
  Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Word Search( Komponen Komputer)

 

Tujuan

Ianya bertujuan unuk memperkenalkan kepada pelajar tentang komponen-komponen komputer yang perlu diketahui dengan cara bermain "Word Search" ini.Pelajar juga diuji dengan kemahiran berfikir untuk mencari perkataan yang tersembunyi dan aktivi ini lebih menarik untuk mereka lakukan.

 
Aktiviti
 
Pelajar diminta membuka "Computer Words Search" pada carian google dan mereka mula mencari perkataan-perkataan yang tersembunyi.Peserta yang terpantas melengkapkan semua perkataan dalam Word search telah diberikan hadiah.
 

 Tarikh : 20 April  2019
  Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Quizizz.com (Bahasa Melayu)

 

Tujuan

Ianya bertujuan menguji tahap kemahiran pelajar dalam matapelajaran bahasa Melayu melalui Quiz secara online.Ianya lebih menarik kerana applikasi ini dapat memaparkan skor semua pelajar dan mereka akan lebih bersemangat untuk mendapat skor yang lebih tinggi.

 
Aktiviti
 
Pelajar diminta membuka web Quizizz.com dan memasukkan nombor code untuk masuk ke kuiz Bahasa Melayu dan terus untuk menjawab Kuiz.Pelajar akan terus mengetahui skor mereka melalui scoreboard keseluruhan pemain. Pemenang kuiz tempat pertama hingga ketiga diberikan hadiah dari Pusat Internet.