Tarikh : 28 Jun  2019
  Masa : 3.00 Petang - 4 petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Kuiz offline tentang negeri-negeri di Malaysia

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah daya ingatan pelajar tentang Peta Malaysia dan kedudukan negeri-negeri yang terdapat di dalamnya.

Aktiviti
 
-Pelajar diberikan kertas kuiz tentang peta Malaysia dan pelajar perlu menandakan kedudukan negeri yang betul.
 
-Seorang pelajar yang betul dan cepat menjawab kuiz ini diberikan hadiah tajaan daripada Perpustakaan Awam Kuala Kangsar.
 

Tarikh : 22 Jun  2019
  Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Buli Siber & Kuiz spontan

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang buli siber yang kerap berlaku pada zaman teknologi ini.

Aktiviti
 
-Pelajar ditayangkan dengan video buli siber yang selalu berlaku dikalangan pelajar.
-Pelajar juga mendapat pengetahuan tentang kesan yang akan berlaku jika buli siber ini berterusan berlaku dikalangan mereka.
-Pelajar juga dapat mengetahui tentang cara menangani buli siber dan mereka juga dipesan supaya tidak melakukan aktiviti buli siber ini.
-Pelajar diberikan soalan kuiz berdasarkan modul buli siber ini.
 

Tarikh : 14 Jun  2019
  Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Bimbingan Warga Emas tentang Pengenalan ICT

 

Tujuan

Sesi ini merupakan bimbingan kepada warga emas yang bertujuan untuk belajar atau mengenali dunia ICT yang di mana segala maklumat boleh di akses di hujung jari sahaja.

 
Aktiviti
 
-Petugas memberi bimbingan cara untuk membuat carian di goggle dan sebagainya.
-Petugas mengajar asas terhadap komponen-komponen yang terdapat di komputer.
-Petugas memberi panduan tentang cara membuka dan menutup komputer.
 

Tarikh : 16 Jun  2019
  Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Membuat Kad Ucapan Hari raya

 

Tujuan

Aktiviti ini merupakan aktiviti santai yang bertujuan memberi ilmu kepada pelajar tentang cara membuat kad ucapan dengan menggunakan Microsoft Words sahaja.Pelajar juga dapat meningkatkan daya kretiviti mereka untuk menghasilkan ucapan yang menarik.

 
Aktiviti
 
-Pelajar mencari background gambar yang menarik di google untuk membuat kad ucapan hari raya.
-Pelajar juga diajar cara membuat dan menulis ucapan menggunakan jenis tulisan yang menarik.
-Pelajar diajar cara memasukkan imej mereka sendiri dan diletakkan pada kad ucapan supaya kelihatan lebih menarik.
 

Tarikh : 9 Jun  2019
  Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Kelas Quizizz ICT

 

Tujuan

Kelas ini merupakan permainan interaktif yang dapat menguji minda pelajar tentang ICT serta ianya dimainkan melalui dalam talian,

 
Aktiviti
 
Pelajar membuka Quizizz web dan menjawab soalan yang telah disediakan. Pemenang kuiz ini juga akan diberikan hadiah.